Protes filem hina Nabi, Duta AS ke Libya maut
TRIPOLI – Duta Amerika Syarikat (AS) ke Libya terbunuh dalam serangan ke atas pejabat konsul negara itu di bandar Benghazi, semalam.
Duta Christopher Stevens merupakan salah seorang daripada empat pegawai AS terbunuh dalam protes berhubung filem keluaran negara, yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.
Jabatan Negara AS hanya mengesahkan kematian seorang pegawai tetapi tidak mengeluarkan nama lagi.
Selain di Libya, protes juga diadakan di Keduataan AS di Kaherah.
Dalam serangan di Benghazi, seorang lelaki memasuki kawasan pejabat konsul dan melepaskan tembakan, selain membaling bom.
Seorang pegawai Libya berkata, Stevens meninggal dunia disebabkan sesak nafas ekoran serangan itu.
Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton mengesahkan kematian seorang pegawai negara itu premis tersebut.
Tindakan seorang lelaki AS berbangsa Yahudi menghasilkan sebuah filem
yang menghina Nabi Muhammad SAW telah mencetuskan kemarahan orang Islam
di Libya dan Mesir.
Kumpulan penunjuk perasaan yang berang itu bertindak menggempur
Kedutaan AS di Kaherah dan Benghazi pada hari sama sambutan ulang tahun
ke-11 serangan 11 September, semalam.
Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri, protes di bandar timur
Libya tersebut bertukar ganas selepas sekumpulan lelaki bersenjata
menyerbu masuk ke dalam pejabat konsul dan membakar premis itu.
“Duta AS ke Libya, Christopher Stevens bersama tiga kakitangan
dilaporkan turut terkorban manakala dua lagi cedera dalam serangan roket
yang disasarkan ke bangunan tersebut,” kata Wanis al-Sharef.
Beberapa jam sebelum insiden itu, ratusan penunjuk perasaan
ultrakonservatif berarak menuju ke Kedutaan AS di Kaherah dan berhimpun
di luar bangunan tersebut sambil melaungkan slogan mengutuk tindakan
pihak tidak bertanggungjawab yang menghasilkan filem terbabit.
Bagaimanapun, demontrasi itu juga bertukar menjadi ganas selepas
puluhan penunjuk perasaan bertindak luar kawalan dengan memanjat tembok
di luar bangunan kedutaan tersebut dan menurunkan bendera kebangsaan AS.
Dalam satu kenyataan, pihak berkuasa memaklumkan tiada tangkapan
dibuat kerana protes tersebut dilakukan secara aman dan kumpulan itu
dilaporkan bersurai menjelang tengah malam.
Difahamkan, treler filem selama 14 minit berjudul Innocence of
Muslims dihasilkan oleh pengarah anti-Islam, Sam Bacile, 52, menerima
kecaman banyak pihak terutamanya orang Islam selepas ia dimuat naik ke
dalam laman Youtube.
Wall Street Journal melaporkan Bacile turut menerima bantuan
berjumlah AS$5 juta (RM15 juta) daripada kira-kira 100 bangsa Yahudi
untuk membuat filem yang sengaja memburuk-burukkan sifat Nabi Muhammad
SAW.
Penerbitan sebanyak 12 karikatur Nabi Muhammad SAW dalam sebuah
akhbar di Denmark pada 2005 turut mencetuskan protes di kebanyakan
negara Islam.
No comments:
Post a Comment